:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Sunday, November 01, 2009
1 PHASE, 3 PHASE [v=15.00]

BAB 15


@}--- Akasyah: Bulan Bintang ---{@

"Tak ada! Mana ni..." Aku meneliti mesin basuh yang sudah kosong. Kemudian aku kembali semula ke ampaian di balkoni. Cuba mencari di segenap penjuru. Tak jumpa! Tak ada...

"Cari apa?" Kaduk menampakkan diri dengan berkerut dahi. Di tangannya semangkuk penuh peach cobbler hasil buatannya sendiri. Sejak pandai memasak dessert itu, hampir tiap-tiap minggu dia akan buat.

Kadang-kadang aku boleh menangis untuk hal-hal yang kecil. Sebab kadang-kadang tidak semua perkara aku berkongsi cerita dengan semua orang. Kisah suka duka belajar dan membesar, semata-mata untuk menjadi seorang yang berjaya. Meskipun datang dari keluarga yang besar dan ramai, aku sering saja kesunyian. Setiap orang merasa ingin disayangi oleh mak ayah sendiri. Diberikan perhatian yang secukupnya. Namun, bagi diri aku, sering saja aku perlu menjadi seorang yang tabah dan berdikari. Aku terpaksa belajar bergantung pada diri sendiri. Bukan anak tunggal saja boleh rasa kesunyian, orang yang punya adik-beradik yang ramai pun boleh rasa begitu juga. Hal ini terjadi bila komunikasi dalam keluarga tidak berjalan dengan sebaiknya.

Bersama-sama dengan Carl Duke Adam, aku sebenarnya dan sememangnya jadi seorang yang berbeza. Atau sebenarnya aku cuba menjadi seorang yang berbeza? Belajar disayang dan menyayangi.

Kata Kaduk, aku perlu belajar menyayangi diri sendiri sebelum orang lain menyayangi diri aku.

Kami datang dari dua latar keluarga yang berbeza. Mungkin kerana bapa Kaduk, Carl Duke Akbar itu berbangsa Belanda dan membawa budaya dari Barat,  lalu membesarlah Kaduk dalam suasana keluarga yang bahagia dan penuh gelak tawa. Aku sering saja berasa aneh dan janggal berada di tengah-tengah keluarga.

Kaduk dan adik-beradiknya yang lain selalu saja mengucap "I love you, mama and dad" kepada mama dan papa mereka. Membisikkan kata-kata itu penuh manja di telinga mereka, lalu dibalas dengan pelukan mesra. Sedang aku, kata-kata itu tidak pernah sekalipun terlahir dari bibirku. Pagi raya pun mana ada sesi bersalam antara satu sama lain. Adakah bermakna aku lahir dalam keluarga yang aneh?

Kebiasaan tidak berkasih-sayang itu dipecahkan oleh Carl Duke Adam sebaik sahaja dia memasuki keluarga besar aku. Awal-awal lagi aku sudah memaklumkan kepadanya bahawa keluarga aku tidaklah semesra dia sekeluarga. Bukannya aku datang dari keluarga yang berpecah belah, cuma kami kurang mesra dan tak nampak macam keluarga saja. Masing-masing buat hal sendiri-sendiri.

Masa di Jepun dulu, entah berapa kali aku menangis sendirian di tengah malam hari. Tanpa ada sesiapapun di sisi atau nombor yang hendak dihubungi.

"Adalah hikmahnya perkahwinan kita ni..." katanya, selepas bersalam-salaman dengan mak dan ayahku di pagi raya. Meskipun sudah pagi raya ketiga kerana sebelum itu kami beraya di sebelah keluarga Kaduk di Johor. Sempatlah bertemu dengan Auntie Hannah, makcik Kaduk yang menetap di Singapura.

"Tak jumpa-jumpa lagi?" soal Kaduk setelah melihat aku masih terbongkok-bongkak mencari stoking corak bulan bintang yang hilang.

Aku mengangguk. Kaduk sudah bangkit dari sofa dan mendekati aku. "Nanti abang beli yang baru..."

"Tak sama..." Aku rasa hendak menangis. Senangnya nak ganti yang baru!

"Memanglah takkan jumpa yang sama. Sebab yang Syah punya tu beli masa di Jepun. Kita cuba cari yang hampir sama. Mesti ada jual..." pujuknya lagi.

Padahal ia hanyalah sebelah stoking yang sudah usang dan lama. Pakai sejak tahun pertama di Jepun dulu. Apalah hendak disedihkan sangat. Kita sering saja bersedih tentang hal-hal keduniaan. Amalan bekalan buat akhirat tidak sedih pula kalau 'hilang' dari jadual seharian. Alasan sibuk sentiasa menjadi alasan.

Pesan orang-orang alim, hal-hal dunia kita mestilah melihat orang yang lebih bawah daripada kita supaya kita belajar bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada kita. Manakala hal-hal akhirat kita mestilah membandingkan dengan orang-orang yang lebih alim dan warak supaya kita lebih berusaha menambahkan amal ibadat dari segi kualiti dan kuantiti.

Memang senang bercakap daripada melakukannya. Entahlah labu...



Rnysa: Maaflah... entri ini kurang rasa serba-serbi. Semakin lama, semakin ketandusan idea. I really need to do something about it. Terasa entri CINTA SOFEA episod 15 'Hilang Dalam Damai' menyebabkan semangat menulis itu pun turut hilang.


Petikan dari ALBATROS [Hikari]

"Kau makan apa tu, Adriena?"
"Ubat tidur..." jawab Adriena selamba, lalu menelan sebutir Risperidone 1mg dengan air masak seteguk.
"Ubat tidur? Sejak bila pula kau ambil ubat tidur ni? Tiap-tiap malam pula tu. Kau ni biar benar..." Teman sebilik Adriena melahirkan rasa risau. Ingatkan makan vitamin...

Adriena tersengih. Risperidone itu ubat tidur? Memang ubat itu buat dia tidur lena. Teman sebiliknya itu bukannya tahu. Ubat itu adalah ubat antipsychotic untuk merawat pesakit schizophrenia seperti dia.

Tuhan, tolong keluarkan aku dari kegelapan ini...


Baca selanjutnya di synar-hikari.blogdrive.com



Posted at 10:06 pm by anrys

naim
December 10, 2009   03:07 AM PST
 
nak baca sambungan citeni lagi!!!!
Name
November 28, 2009   06:43 PM PST
 
assalamu'alaikum

akak rnysa. seronok baca entry ni.
rindu kat akasyah n adamn arham .
sazlynn
November 14, 2009   04:26 AM PST
 
salam,,

hehehe..
nk lagi..
best..!
kak Hannah
November 4, 2009   08:53 AM PST
 
Anis..akak nk jugak kenal dgn Auntie Hannah makcik si Kaduk tu...manalah tahu, jiran satu blok........hehehe
farah rosni
November 3, 2009   12:43 AM PST
 
kalau harta yg kita syg, mmg kita jd 'lost'
aHaDa
November 2, 2009   04:27 PM PST
 
kak anis,

sapa cakap cerita ini kurang inti...
bila dpt tau cerita syah n kaduk, hati gundah dh jd ceria mcm matahari...
bukan lagi bulan malap...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry