:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Thursday, November 05, 2009
Cerita Baru: Hikari Express No Ainori [3]

Hikari Express
No

 


(The Love Ride of Hikari Express)


Episod 3



Sebelum mula mengemas beg pakaian, Hazel segera mencapai telefon bimbitnya. Baru teringat dia belum lagi memaklumkan kepada keluarga tentang pemergiannya ke Langkawi atas urusan kerja. Sudah menjadi kebiasaannya memaklumkan segala pergerakannya, selain daripada meminta izin dan restu ibu ayah. Dan tidak lupa memohon mereka berdoa agar perjalanannya lancar serta selamat pergi dan pulang.

"Jaga diri baik-baik. Ibu dan ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Hazel..." doa si ibu sebelum perbualan dengan anak perempuan tunggalnya.

"Insya-Allah, kirim pada ayah dan semua," ucap Hazel sebelum memutuskan panggilan.

Pintu bilik diketuk bertalu-talu. Hazel segera memulas tombol yang berkunci. Naz dan Nia melangkah masuk dengan senyuman. Di tangan Nia ada sekeping kertas A4 yang dilipat dua, lalu segera diserahkan kepada Hazel.

"Senarai apa pula ni? Panjangnya..." Hazel tergelak tatkala bebola matanya berlari pada senarai coklat yang dipesan oleh kedua-dua teman serumahnya itu.

"Nah, ini duitnya. Kalau kurang guna duit kau dulu. Balik nanti kami bayar," ujar Nia lalu menghulur sampul duit raya kepada Hazel. Hazelina yang bermata warna Hazel itu mengira jumlah wang diberi sebelum menyimpan sampul duit raya ke dalam tas tangannya.

"Nampaknya balik nanti Hazel naik air plane. Berat nak bawa coklat banyak-banyak. Tadi ibu Hazel pun pesan juga. Tapi..." Mata Hazel memandang Nia dan Naz silih berganti.

"Tapi... taklah banyak sangat macam kau orang berdua. Memang hantu coklat!" Gelak Hazel terburai. "Hai, makan coklat banyak-banyak tak takut gemuk ke?"

"Makan apa saja tak ikut sukatan yang akan jadi gemuk. Mana ada fakta sains yang cakap, coklat boleh menggemukkan... " balas Naz yang pernah berkerja dengan Cadbury sebelum ini. Mujur tidak lengkap dengan fakta sains dan statistiknya sekali!

Hazel bergerak ke almari, mengeluarkan baju yang hendak dibawa. Beg troli dari celah almari juga dibawa ke tengah bilik lalu dibiarkan terbuka.

"Akma dah balik?" soalnya sambil mengerling sekilas ke arah Naz.
Naz sekadar menjawab dengan anggukan. Tangannya segera mencapai sebuah novel di atas meja sisi di tepi katil Hazel. Judulnya: Kemilau Mutiara Raudhah.

"Dah minta restu ibu ayah nak pergi berjalan jauh?" Nia sekadar bertanya. Terus tergolek di atas katil Hazel. Cadar yang sudah ditarik tegang-tegang pagi habis ronyok seribu.

"Dah. Baru lepas telefon ibu tadi," beritahu Hazel.

"Kagumlah aku dengan kau. Nak pergi mana-mana mesti bagi tahu pada ibu ayah. Sebelum nak melangkah keluar dari rumah, mesti kau telefon mereka. Anak solehah sungguh!" Puji Nia.

Hazel senyum segaris. "Dah ibu ajar macam tu sejak kecil. Sampai sekarang terbiasa macam tu. Nak keluar mana-mana kena bagi tahu mereka."

Naz menutup Kemilau Mutiara Raudhah di tangannya. "Pada Rafique kau tak beritahu?" Tiba-tiba malam ini Naz menyebut semula nama itu di hadapan Hazel. Sudah agak lama juga nama itu tenggelam tidak timbul-timbul sepanjang perbualan mereka di rumah.

"Nak buat apa beritahu pada dia. Dia tu siapa..." balas Hazel selamba. Dia mengira jumlah pasang baju dan seluar yang dimasukkan ke dalam beg troli.

"Hai, kau ni Hazel. Dia tu sikit punya baik beritahu ke mana dia pergi. Kau ni senyap-senyap saja." Naz jadi geram dengan jawapan selamba Hazel tadi. Macam acuh tak acuh saja. Eh, kenapa pula dia terlebih geram ini? Naz tersengih.

"Dia yang nak beritahu. Bukannya Hazel yang suruh..." Hazel mencerlangkan matanya yang bundar kepada Naz.

"Memanglah... tapi sekali-sekala Hazel pun kenalah beritahu dia. Biar dia pun rasa dia tu penting dalam hidup seorang Hazelina. Ni buat tak tahu saja..."

"Tak tahu?" Hazel tercengang.
"Amboi, sejak bila jadi jurucakap Rafique ni? Ada komplot apa?" Hazel sudah bercekak pinggang. Macam-macamlah Naz ni...

Posted at 10:07 pm by anrys

misssaffaa
November 6, 2009   11:16 PM PST
 
=)
(kemilau mutiara raudhah?)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry