:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Saturday, January 03, 2009
CINTA SOFEA (9)

Mutiara Cinta


Kayu pole diletakkan ke tepi. Dengan kudrat yang masih bersisa, aku cuba mengangkat keluar kaki yang disarung boot warna perak yang agak berat. Berusaha meleraikannya dari cengkaman binding yang terlekat pada snowblade. Dahiku berkerut menahan sakit. Bahagian sekitar buku lali kaki kiri ini makin kuat denyutnya. Dari semalam lagi sudah sengal seluruh badan. Hari ini ditambah pula dengan jatuh dalam pelbagai gaya bebas. Langsung makin teruklah jadinya.

"Ya Allah, manalah si Jaja ni?" Aku mula membebel tak tentu. Goggle ditanggal. Mata liar mencari kelibat Jaja yang comel itu. Takkan dia pergi cari skuad paramedik ala-ala Rescue 911 pula. Kaki aku ini mungkin terseliuh sedikit. Harap tak ada tulang yang retak atau patah. Walaupun penuh dramatik juga gaya aku tersungkur tadi.

Orang baru belajar main ski. Jatuh bangun perkara biasa. Entah berapa kali aku gagal mengimbang badan dengan baik. Tidak berjaya menghasilkan momentum ketika sedang meluncur. Ya, momentum. Undouryou (p=mv). Brother Jepun yang jadi sensei ski kami terangkan begitu tadi. Tiba-tiba saja ingatan aku dibawa melayar ke zaman kelas fizik Sato Sensei di AAJ. Lama betul aku tinggalkan dunia fizik yang penuh misteri.

Mata meliar lagi. Mencari wajah yang dikenali. Tadi aku cuba juga bangun sendiri. Gagal. Sakitnya bukan kepalang. Siapalah yang ingin datang menolong aku yang tersadai di sini. Aku mengesot ke tepi sedikit supaya tidak dilanggar orang yang tidak putus-putus turun dari laluan yang agak curam.

"Mukhriz..."

Nama itu meluncur dari bibir tanpa diduga.

Ya, Mukhriz. Manalah tahu dia tiba-tiba lalu dekat sini.

Hampa.

Lalu aku terus merebahkan diri di atas permaidani salji. Damai. Satu perasaan halus menyelinap dalam diri. Aneh. Entah kenapa aku terfikir tentang dirinya tika dan saat ini. Wajahku terasa panas. Hangat. Malu dengan perasaan sendiri yang bagaikan sudah terikat sejak pertemuan rasmi pada malam yang penuh sejarah itu.

Ya, akhirnya aku mengambil keputusan turun 'mencemar duli'. Dalam bahasa orang biasanya, kami duduk bersemuka, dan Mukhriz bertindak meleraikan segala kekeliruan yang tersarang di benakku. Teka-teki terjawab. Perkara yang dahulunya samar-samar kini menjadi semakin jelas dan terang. Jelas dan terang. Macam hukum tajwid pula.

Eh, apa yang cuba aku merepekkan ni? Mungkinkah otak aku alami sebarang gegaran yang membawa kepada impak negatif yang bukan-bukan seperti ini? Nauzubillah... minta dijauhkan. Kaki masih terasa sakit. Aku cuba pejamkan mata.

"Ermm, awak tak apa-apa ke, Khadijah? Hello... "

Aku tersentak. Fikiran kembali ke alam nyata.

Haiqal! 

Aku menelan air liur. Dia berdiri tegak di sebelah kananku. Tangan kirinya memegang papan snowboard. Aku cepat-cepat bangun. Dah berapa lama dia melihat aku terlentang tadi?

"Jaja kata awak accident. Betul ke?"

"Jajanya mana?" Tanyaku kembali tanpa menjawab soalannya. Mata melilau mencari kelibat budak comel yang bertanggungjawab mengutuskan Haiqal ke mari. Dalam ramai-ramai manusia lelaki ini juga yang dijumpainya.

"Dia datang kejap lagi. Sakit lagi kaki tu?"

"Dah ok sikit." Jawabku ringkas.

Aku mengesat muka dengan belakang tangan. Banyaknya salji yang bertapuk di atas muka. Salji yang jatuh dari langit. Dingin. Sedingin hati Haiqal sepanjang empat hari di pinggir laut dan dua hari di atas puncak gunung ini.

"Dah ok ya. Cubalah bangun." Ujarnya lembut.

Aku tergelak kecil. Dia senyum. Senyuman yang biasa dilemparkan kepadaku. Sama seperti waktu dulu. Akhirnya salju hatinya mencair jua.

"Gomen Kak Adi. Mesti dah lama tunggu. Nasib baik tak beku." Si budak comel datang mencelah entah dari mana. "Jaja jumpa Abang Haiqal aja. Tak nampak orang lain. Tak apa kan?"

Tak apa? Ermm... musykilnya aku dengan intonasi 'innocent' Jaja ni. Mungkinkah ada udang di sebalik batu? Budak ni memang suka mengusik aku sedari dulu.

"Tak apa. Arigatou ne..." Pandangan berlabuh pada wajah Haiqal yang kemerah-merahan kerana cuaca sejuk waktu ini.

"Jaja papah Kak Adi. Abang Haiqal bawakan snowblade dengan pole." Haiqal memberi cadangan. Tanpa membuang masa, dia terus mengutip snow equipment aku.

Aku bangun dalam kepayahan. Memang sudah beku dan keras seluruh badan. Lama juga aku terlantar sendiri tadi. Leher terasa dingin. Zip jaket terbuka. Saat aku ingin menariknya hingga tertutup sampai ke dagu, jemari bersentuh dengan loket mutiara. Serentak itu juga rasa semacam ada arus yang mengalir dalam diri.

Rantai leher berserta loket mutiara. Pemberian tulus ikhlas dari Mukhriz. Dibelinya semasa kami singgah di salah sebuah 'bengkel perusahaan' mutiara Oita yang terkenal. Aku juga tidak lupa membeli mutiara jenis mahal sedikit untuk mama dan opah. Adik-adik perempuanku - Nur Khalifah, Nur Khalilah, Nur Kharidah dan Nur Khalishah... kalian jangan khuatir. 'Nur lima bersaudara' masing-masing akan mendapat mutiara yang sama kelas dengan kanda.

Sepatutnya kanda keluarkan wang lebih sebelum membeli-belah begini. Tak apalah. Mungkin lain kali kanda cuba carikan yang elok sedikit untuk dinda berempat di Mie pula. Mie ken (prefecture) juga terkenal dengan mutiara yang berkualiti tinggi.

Oh, buat ayahanda Tuan Haji Khuwailid dan adinda, Khairul Naufal... serasanya kalian tidak mengimpikan hadiah sebegitu sebab kalian berdua orang laki-laki. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Selain dari rantai bertatah mutiara, Mukhriz turut juga menyisipkan dua buah buku - buku agama dan karya agung Hamka berjudul "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck". Aku cukup suka menerima hadiah buku. Rasa macam baru dapat duit scholarship. Gembira tidak terkata.

Rantai mutiara sebutir ini? Ya, suka juga tapi... tahap sukanya berbeda. Sebab sedari dulu aku bukan kaki barang kemas. Lainlah adikku si Nur Khalilah. Suka benar benda yang bersinar-sinar begini. Dia memang perempuan sejati.

"Waktu mengandungkan Ila, rajin benar mama kamu menjenguk kedai emas. Tak beli, dapat tengok pun jadi." Cerita papa suatu ketika dahulu.

"Oh, kalau macam tu... agaknya masa Nur di dalam perut, mama baca Reader's Digest yang ada dalam almari buku Tok Aji tu... dari kulit ke kulit!"

Aku teruja untuk bertanya. Mana taknya... hidup aku tak pernah berenggang dengan buku. Kami bagaikan sudah melafaz ikrar untuk sehidup semati. Sepasang kekasih yang tidak bisa dipisahkan.

"Betul ke ma?"

Puan Hajjah Norehan Binti Haji Abdul Jalil tersenyum lebar. "Nur anak yang baik dan tak banyak kerenah sejak dari dalam perut... sampailah sekarang ni. Memang betul... masa kandungkan Nur dulu, mama rajin membaca."

Aku puas hati.

"Dudukkan atas bangku panjang tu." Suara Haiqal memberi arahan mematikan lamunanku yang merentasi batas waktu.

"Jaja carikan Kak Fida atau Kak Zue. Abang Haiqal tolong tengokkan Kak Adi ok."

Jaja berlalu pantas meninggalkan kami berdua di sudut cafe ini. Haiqal pula meminta izin pergi ke kaunter. Mahu beli minuman, katanya. Lalu Tinggal aku sendiri. Tak lama kemudian dia kembali dengan satu mug besar.

"Cafe Latte untuk awak..."

Aku terkejut. Hanya satu. Dan ianya untuk aku?

"Arigatou..." Kataku perlahan, antara dengar dan tidak.

Dengan lafaz bismillah, aku meneguk minuman panas. Sedap. Aku senyum sendiri. Minum seteguk lagi. Aku terasa diri diperhatikan. Namun pura-pura selamba.

"Totemo ureshikatta yo (Gembira sangat)... "

Aku berpaling mengadap wajahnya yang ceria.

"Nande? (kenapa)"

"Anata ga warai kaketeta (Awak ketawa). Subete wo tokasu hohoemi de (Dengan senyuman yang bisa mencairkan segalanya)..." Katanya dalam nada bersahaja.

"Termasuk kemarahan awak?" Aku menduga.

Sepasang mata helangnya melabuhkan pandangan redup. "Saya tak pernah marahkan awak, Khadijah. Saya marah diri saya sendiri. Sebab terlalu hanyut jauh dari diri saya yang sebenarnya. Dan awak... awak yang telah membuka mata saya. Kata-kata awak dulu berikan keyakinan pada saya. Supaya cuba melihat ke dalam diri... siapa saya sebenarnya."

Aku terdiam. Menyumpah diri sendiri kerana bertanya yang bukan-bukan. Apa agaknya yang pernah aku katakan dulu?

"Mana ada. Awak silap. Saya dah sakitkan hati awak, Haiqal. Kali terakhir..."

"Tak... bukan yang tu." Dia memotong. "Ingat tak kita bertembung masa beli buku di Perdana Siswa? Awak cakap, Haiqal... ini bukan diri awak yang sebenar. Mata awak memberitahu Muhammad Haiqal seorang yang baik, yang itu... Ingat lagi?"

Aku menggeleng. Sungguh aku tak ingat apa-apa pun. Aku tak tipu.

"Oh, jadi cuma saya seorang aja yang ingat semuanya..." Dia menguak rambutnya ke belakang. "Ima made... (hingga kini)" Gumamnya perlahan. 

Aku memandang ke arah lain. Tak sudi lagi menatap wajah sepasang mata helang itu. Baru hari ini dia mahu meluahkan semua ini setelah Mukhriz mula mengisi ruang hati aku?

Ya, saat mengenakan rantai mutiara ini, aku sudah menetapkan akan mempertimbangkan hajat murni lelaki dari keturunan syed itu. Walaupun aku tidak memberitahunya lagi, namun begitulah akhirnya. Aku tidak mahu episod cinta ini berliku dan beriring sendu. Biarlah ketaqwaan jadi benteng kukuh penguat jiwa. Walaupun munculnya Haiqal melerai rindu, namun hadirnya Mukhriz bersama sebuah mutiara cinta.

Aku melemparkan pandangan ke luar. Menembusi dinding kaca cafe yang tinggi lebar ini. Walaupun salji turun makin lebat, semua masih leka dengan aktiviti masing-masing. Kelihatan kanak-kanak Jepun sedang menggelungsur dalam sled di sana sini. Gaya macam aku dan adik-adik main tarik daun upih semasa melawat opah di kampung pun ada.

Seluruh jasad terasa kaku sebaik sahaja mata menyapa susuk Mukhriz yang berdiri tidak jauh dari kumpulan anak kecil tadi. Hati dipalu debar tak bertepi. Perasaan aneh itu datang lagi.


Posted at 10:34 am by anrys

Ana
October 10, 2009   05:58 PM PDT
 
hoho....

-totemo ureshikatta yo
-subete wo tokasu hohoemi de
-anata ga warai kaketeta

sebijik lirik lagu anime 'fruit basket'!! haahah
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry