:: Rnysa's Homemade Cookies ::


gambar hiasan semata-mata

*Penulis
rnysa

Emel Penulis
relevankah_aku (alias) yahoo (dot) co (dot) uk

**Blog Penulis
http://rnysa.blogdrive.com
http://synar-hikari.blogdrive.com

Karya Online Rnysa
Relevankah Aku Di Hatimu? a.k.a RADHA
Relevankah Aku Di Hatimu 2 a.k.a RADHA 2
Relevankah Aku Di Hatimu 3 a.k.a RADHA 3
Relevankah Aku Di Hatimu 4 a.k.a RADHA 4
Cinta Sofea/Cahaya Sakura
Piano Berlagu Lagi
Dua Dunia
Cinta, Akhirnya Bahagia
Albatros: Antara Langit Dan Bumi
Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
Albatros [HiKaRi]
Generasi 99 a.k.a Gen 99
1 Phase, 3 Phase
Relevankah Aku Di Hatinya? a.k.a REDHA
Hikari Express No Ainori

B-Wave Rnysa
Red Alert
Bulan Mei
Akta Hak Cipta 1987

Dapur Rnysa
B-Day Card & T-Shirt UniKL

Oven Rnysa
Pemenang Kuiz Bulan Mac


Perhatian
Karya Online Rnysa ini adalah rekaan penulis semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa, samada masih hidup atau telah meninggal. Jika ada persamaan ia hanyalah kebetulan sahaja.

~ Hak Cipta Terpelihara ~
Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada Karya Online Rnysa ini disiarkan semula (dalam mana-mana blog/forum/website selain daripada **blog penulis), disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran dari pihak *penulis terlebih dahulu.



E-Novel Rnysa

Relevankah Aku Di Hatimu?

The compilation of
RADHA & RADHA 2
in
edisi cetak


Cinta Sofea

"Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Muhammad..."

Bahagian Satu
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13
Bahagian Dua
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20
Bahagian Tiga
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26
Bahagian Empat
27 | 28 | 29 | 30


** Relevankah Aku Di Hatinya? **
a.k.a REDHA

Dari Pagar Ruyung Ke Den Haag
(formerly known as Relevankah Aku Di Hatimu 3)

Ada sejarah lama yang akan terbongkar...
Ada sejarah baru yang bakal terukir...

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12


1 Phase, 3 Phase
(also known as Relevankah Aku Di Hatimu 4)
{v = 0.1, 0.5, 0.9}
{v = 1.0, 2.0, 3.0}
{v = 4.0, 5.0, 6.0}
{v = 7.0, 8.0, 9.0}
{v = 10.0, 11.0, 12.0}
{v = 13.0, 14.0, 15.0}




Generasi 99

Intro



Hikari Express No Ainori
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18


E-Cerpen

Piano Berlagu Lagi
1 | 2 | 3 | 4


Albatros: Antara Langit Dan Bumi
(formerly known as Dua Dunia)

edisi cetak


Cinta, Akhirnya Bahagia
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6


Albatros [HiKaRi]
Intro




Tingkap dapur Rnysa
   




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:












Kedai Pesanan Online
Edisi Cetak Karya Online Rnysa

 Jemari Seni Publishing [Dalam negara] 

 Kedai Buku @ com [Dalam & Luar Negara] 
(Sila klik banner di bawah ini)


Kini berada di pasaran...

RELEVANKAH AKU DI HATIMU? (2006)



Tajuk : Relevankah Aku Di Hatimu?
Penulis : Rnysa
Harga : RM 20.00
Jumlah Helaian : 489 muka surat
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!


KEBUN MIMPI (2008)
Ceritera III
ALBATROS: Antara Langit Dan Bumi



Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Penerbit : Jemari Seni Publishing

Dalam ceritera ini, sang penulis membawa kita 2 kisah, 2 cerita, 2 perempuan dengan persepsi hidup yang subjektif rupabentuknya. Menerusi perwatakan Nurul Izzah seorang aquarist dan Adriena Ayuni seorang pelajar kejuruteraan aviasi yang menafsir kehidupan bertunjangkan pemahaman tersendiri. Menerusi Albatros, kisah mereka disatukan biarkan dari dimensi yang berbeza. - Review oleh Kucc Geng Kicap









The WeatherPixie



anda pelawat yang ke




sejak 23 Oktober 2003

online


rss feed




Thursday, September 10, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=14.00}

BAB 14


(gambar di atas di'culik' dari laman utusan online)
Alahai, rindunya kenangan zaman belajar di Jepun dulu. Dah belajar di Malaysia tak ada lagi acara tangkap-gambar-untuk-salam-perantauan =(


@}--- Akasyah: Perantau@Tokyo ---{@


"Cepatlah beratur. Lepas ni nak pergi buka puasa pula. Tolong beri kerjasama sikit, adik-adik. Cepat mula, cepatlah habis." Abang Jazman sudah mula membebel. Pening kepalanya melihat kerenah adik-adik undergraduate yang tidak mendengar kata. Sibuk bergaya sakan di hadapan kamera digital masing-masing.

"Sekejap abang J. Kak Syah tak sampai lagi. Orang penting tu..." Sahut Raiena, pelajar paling muda di kalangan mereka semua. Dia pantas membetulkan lipat tudung yang senget ditiup angin petang.

"Tuan rumah sibuk memasak lagi kot. Biasalah iron chef!" Tambah Bahrin sambil mengangkat kening.

"Kau orang tak pergi tolong? Saja nak buli kak chik ya." Ujar Abang Jazman sambil membelek kameranya semula untuk kali ke berapa. Lensa difokuskan pada bangunan utama universiti yang berusia lebih seratus tahun.

"Ala... Kak chik tengah rajin. Jangan ditegur!" Balas Bahrin. Dia paling kuat mengusik semua orang. "Haa... Panjang pun umur. Baru sebut dah sampai..." Pelajar tahun satu kejuruteraan kimia yang berasal dari Johor itu menjuihkan bibirkan ke arah aku.

"Oh, kutuk kak chik ya! Sedap betul anyam 'ketupat' dalam bulan Ramadhan yang mulia ni." Aku menyorong basikal mendekati mereka berdua di bawah rimbunan pohon sakura. Daunnya kuning keemasan. Cantik sungguh pemandangan saat ini. Musim luruh sememangnya menakjubkan!

"Ketupat bukan sebarang ketupat. Ketupat dari negeri Perak!" Bahrin mempamerkan giginya yang tersusun rapi.

"Eh, bukan Kak Syah kamu tu tak pandai sangat makan ketupat dengan nasi himpit ke?" Abang Jazman tidak tahu hujung pangkal pula menyampuk.

Giliran aku pula tersenyum. Memang aku tidak biasa makan ketupat yang diperbuat daripada nasi itu. Tapi ketupat yang pulut itu tak apa. Setiap kali raya opah biasanya akan bakar lemang di bawah rumah. Aku dan adik-adik yang lain akan tolong jaga api saja. Dan paling utama mestilah tolong makan! Masa kecil dulu ada ikut juga opah cari buluh untuk dibuat batang lemang. Aku tunggu di luar sementara opah masuk ke dalam semak tempat habitat rumpun buluh itu hidup dengan suburnya. Buluh itu opah kerat pendek-pendek dengan parang dan kemudian diikat seberkas demi seberkas. Aku akan pikul yang kecil sahaja. Tapi kebiasaannya bila kami sekeluarga tiba di kampung semuanya sudah tersedia - daun pisang, beras pulut, santan kelapa, dan batang buluh, cuma tinggal nak masukkan segala bahan dalam buluh sahaja. Mak dan opah yang paling cekap dalam hal ini.

Raiena menguis dedaun pokok sakura sudah gugur menutupi tanah dengan kasut butnya. Matanya melirik ke arah basikal yang kubawa.

"Hilanglah keayuan kak chik kita ni." Tuturnya.

"Kalau abang Kaduk nampak, mesti dia tak jadi kahwin dengan akak." Sambung Bahrin, menyakat aku seperti selalu.

"Ala... dia bukannya ada kat sini pun." Ujarku lalu ketawa senang hati. Basikal segera diparkir di bawah pokok sakura yang berhampiran.

"Ye ke?" Suara dari belakang yang tiba-tiba muncul itu buat aku terkejut dan tidak berani berpaling. Degup jantung bertukar kelajuan serta-merta dari gear satu terus beralih ke gear lima. Rosaklah 'gear box' jantung aku kalau terus-menerus diberi kejutan begini.

"Hachommm..."

Aku segera menekup hidung dan mulut dengan kedua belah tangan. Sesungguhnya bersin ini telah menyelamatkan aku supaya terus berlagak tenang. Seperti kehadirannya tidak memberikan sebarang kesan pun. Tahu-tahu saja dia sudah berdiri di hadapan aku.

"Alhamdulillah... (segala puji bagi Allah)." Ucapku perlahan kemudiannya.
"Yarhamukillah... (mudah-mudahan Allah merahmatimu)." Sambut si dia.
"Yahdikumullah... (mudah-mudahan Allah memberi pentunjuk kepadamu)" Balas aku pula.

Kami saling bertatapan buat beberapa detik.
"Syah."
"Kaduk."
Kau tersenyum, aku tersenyum. Skrip pun tamat.

Malu...

"Pak Kaduk, Mbak Kaduk... ayuh kita pukul gambar." Celah Bahrin dalam loghat Indonesia, dan terus berlalu cepat-cepat.

Aku sudah berkerut dahi. Mbak Kaduk? Tak komersial langsung nama itu. Memang si Bahrin a.k.a Rain a.k.a Ame (hujan dalam bahasa jepun), ni nak kena jual dekat pasar borong Selayang!

"Baiklah pak..." Jawabku geram.

Sekali lagi aku memandang si dia yang segak memakai baju melayu warna jingga, bersampin hitam benang emas digayakan stail ala johor. Memori lama datang menjengah. Sesungguhnya melihat dia begitu membawa ingatan kembali zaman persekolahan. Sama seperti waktu pertama kali kami bertemu dulu. Ah, rupa-rupanya begitu pantas masa berlalu. Dia tetap Carl Duke Adam yang dahulu. Dan aku masih lagi Nurul Akasyah suatu waktu itu.

Kami jalan beriringin ke tempat semua orang berkumpul. Komuniti orang Malaysia di universiti ini tidak ramai sangat. Untuk sesi bergambar hari ini beberapa orang teman dari universiti berdekatan pun dijemput sama. Tiga belas orang kesemuanya termasuk si dia. Tak sangka pula dia akan hadir sama hari ini. Mungkin Ammar yang mengajaknya. Aku pula masak ringkas sahaja hari ini. Tak tahu 'tetamu istimewa' itu turut menerima undangan. Sepatutnya Ammar beri aku notis 24 jam tentang temannya itu, bukannya kejutan begini.

Masing-masing sudah meletakkan baju panas di hujung bangku panjang. Bergambar dengan baju raya sahaja dengan latar belakang daun pohon sakura yang berguguran. Ammar dan Wawa sudah bersedia duduk sebelah-menyebelah antara satu sama lain.

"Sejuklah..." Aku merungut perlahan sambil menanggalkan kot labuh yang dipakai. Kaduk turut menurut perlakuanku. Hanya muffler sahaja yang melilit lehernya, memberi kepanasan.

"Memang sehati sejiwa betul. Baju raya pun sama warna." Usik Bahrin.

Aku dan Kaduk saling bertatapan. Baru teringat aku juga mengenakan rona warna yang sama, cuma lebih gelap. Kain sutera korea ini pun Kaduk juga yang menghadiahkannya. Aku buat baju kurung biasa dengan sulaman dan taburan manik di lengan dan bawah bajunya. Kemudian aku padankan dengan tudung putih dihiasi deretan batu merah-jingga, diikat gaya wardina. Aku mengerling ke arah Kaduk sekali lagi. Eh, macam kita berjanji pula. Sejak bila pula kita mempunyai naluri yang sama ni? Hati nakalku terus mengusik.


"Syah nampak manis pakai macam ni..." Pujian Kaduk yang tanpa diduga itu menyebabkan wajahku merona merah. Dirasakan kedinginan musim luruh diganti dengan kehangatan musim panas.

"Kau pun apa kurangnya..." balasku separuh berbisik, malu-malu kucing. Tunangku itu nampak sangat segak betul hari ini.

Aku segera mengambil tempat di sebelah Wawa. Sementara Kaduk itu sengaja berdiri di belakangku. Kompang hati aku terus dipalu debar tiada henti. Untuk gambar seterusnya Kaduk duduk di sebelah Ammar. Entah berapa kali ambil gambar pun aku tak tahu. Hendak bergambar sesama perempuan sahajalah, lelaki sahajalah, dan macam-macam lagi idea abang Jazman, pelajar phD dalam bidang biomedik merangkap jurukamera rasmi kami hari ini.

"Lepas ni gambar kenangan kita berempat di bumi sakura ni pula ya." Usul Ammar kepada aku dan Kaduk. Kami sekadar mengangguk setuju. Aku dan Wawa duduk di atas bangku kayu. Ammar berdiri di belakang Wawa dan Kaduk pula di belakang aku, mengikut pasangan masing-masing.

"Okey, senyum..." Abang Jazman memberi arahan.

Senyuman sudah melebar sampai ke telinga. Indahnya saat ini...
Kemudian kami beralih ke posisi dan latar belakang yang berbeza pula. Cukuplah tiga keping gambar. Aku dan Kaduk bergerak ke tepi, memberi peluang kepada pasangan Ammar-Wawa merakamkan detik indah mereka berdua.

"Masa kita akan tiba..." Ucap Kaduk dalam nada perlahan, apabila mendapati aku asyik mengamati pasangan pengantin baru kami itu.

"Mereka sangat sepadan, kan?"

"Ya." Dia turut bersetuju dengan pendapatku. "Kita pun sangat sepadan juga." Tambahnya kemudian, sekaligus membuatkan aku tersipu-sipu malu.

Orang tengah cakap tentang orang lainlah. Dia ni tak habis-habis nak usik aku tentang 'hal kita'. Aku menggerutu dalam hati. Mungkin dia sekadar ingin mengingatkan tentang ikatan yang sudah terjalin antara kami... yang kini bukan sekadar bersahabat, jawab hati kecil aku kemudiannya.

Dalam malu-malu itu, aku masih sempat tersenyum bagai tidak cukup pipi. Seronok betul bila Kaduk mengakui kami berdua sememangnya pasangan yang sepadan. Ya, kadangkala aku seringkali terlupa menghargai apa yang aku miliki... terutamanya tentang dia.


@}--- Adam: Salam Perantauan ---{@


Aku perlahan-lahan mengatur langkah, meninggalkan 'bidadari'ku keseorangan. Nampaknya dia terlalu asyik memerhatikan gelagat Ammar dan Wawa. Cemburu? Entahlah, aku tidak dapat meneka perasaannya saat ini. Tapi aku rasa dia turut berkongsi kegembiraan yang sama untuk teman kami itu. Kalau tidak, masakan dia tersenyum bagai tidak cukup pipi. Mungkin dia sedang bayangkan diri kami berada di tempat Ammar dan Wawa sekarang ini. Mungkin...


(Opss, sebenarnya tak siap lagi! Saja-saja nak publish entri yang tak 'bergerak-gerak' sejak tahun 2006 ni. 2006???!!)


Posted at 11:54 pm by anrys
Comment (1)  

Monday, August 24, 2009
1 PHASE, 3 PHASE {v=13.00}

BAB 13

Aku mencari-Mu, Tuhan
Dari timur ke barat
Dari gelap ke terang

Aku terus mencari-Mu, Tuhan
Dalam kegelapan yang menutupi cahaya
Dalam bayangan yang merobek kenangan
Dalam hati yang melebihi kabut perasaan

Aku tidak berhenti mencari-Mu, Tuhan
Di celah senja Ramadhan yang berlabuh
Di antara sujud tarawikh dan witir yang saling bersatu
Di sebalik lantunan ayat kalam cinta-Mu nan agung


Dalam perjalanan mencari-Mu itu lalu kutemui dia
Yang juga sedang mencari cinta-Mu
Kerana dia kini aku semakin mengenal-Mu



@}--- Adam: Ramadhan@London ---{@
(Petikan asal dari RADHA versi cetak, BAB 18, m/s:147-149)

Sudah tiga kali aku menyambut bulan Ramadhan dalam musim sejuk di kota London ini. Alhamdulillah, selepas tiga tahun lebih aku belajar dan tinggal di London, aku menjadi seorang yang lebih dewasa dan matang. Betul kata papa, London memang sesuai dengan jiwa aku. Aku pasti warga London yang lain akan bersetuju dengan aku jika aku katakan London tidak boleh digambarkan dengan satu perkataan sahaja. Ia adalah sebuah tempat yang meriah, sibuk, menyeronokkan, adakala mengelirukan, berbilang budaya dan agama, pantas, klasik, moden dan macam-macam lagi. Di sini bukan sahaja timur bertemu barat, tapi juga tempat di mana semua orang dari segenap negara di dunia ini bertemu. Boleh aku katakan London bukan sebuah bandar Inggeris yang 'tulen' lagi. Semasa aku menaiki bas atau 'tube' hanya kadangkala aku akan mendengar orang bercakap dalam bahasa Inggeris. Biasanya aku akan dengar orang berbual dalam bahasa Arab, Sepanyol, Itali, Perancis, Urdu, Swahili atau bahasa lain yang langsung sukar untuk difahami.

Toleransi antara berbilang bangsa yang diamalkan di sini juga jauh lebih baik daripada Malaysia. Walaupun begitu, orang lebih suka tinggal di kawasan di mana kebanyakan penduduknya adalah daripada bangsa mereka sendiri. Contohnya: Edgware Road popular di kalangan orang Arab, Chinatown sudah pasti dengan orang Cina, East London dengan orang dari Asia dan Afrika, dan South Kensington pula majoriti penduduknya adalah orang kulit putih. Racism bukan satu masalah besar. Orang di sini saling menghormati budaya dan adat resam orang lain, dan hidup secara harmoni.

Lepas habis waktu kerja tadi aku singgah di Satay House untuk berbuka puasa sebelum ke Malaysian Hall melaungkan takbir hari raya. Termasuk tahun ini, sudah tiga kali juga aku beraya tanpa keluarga. Usai bertakbir aku terus mengikut teman se-universiti dulu ke Wilson House, yang merupakan hall kediaman pelajar Imperial College. Aku sudah memulakan sesi praktikal beberapa bulan yang lalu. Dua tahun belajar, setahun praktikal dan sambung lagi dua tahun. Orang panggil sandwich course. Begitulah yang aku harus tempuhi untuk menyudahkan ijazah kejuruteraan mekanikal (MEng) di Imperial College. Jadi tahun ketiga ini aku perlu menjalani latihan industri selama satu tahun.

Hari demi hari suhu semakin sejuk. Ditambah pula kalau angin bertiup kencang. Tak tahan juga dibuatnya. Bilik yang ada pemanas begini pun masih terasa sejuk. Aku tidak keseorangan malam ini. Ramai kawan-kawan lagi akan turun ke London untuk menyambut 1Syawal. Sebentar sahaja lagi, aku dan beberapa orang teman akan ke Victoria Station untuk menjemput kawan-kawan kami dari Leicester. Tadi Ammar menelefon dan memberitahu dia baru sahaja tiba dari Bristol. Dia dan kawan-kawannya menumpang di hall pelajar University College London (UCL) di Kings Cross.

"Jom kita gerak sekarang! Takut lewat pula nanti."

Aku segera menyarung jaket hitam ke badan. Kami menaiki bas ke Victoria Station dan tiba lebih awal sejam. Malam ini memang sangat sejuk. Oleh kerana kawan-kawan yang ditunggu belum lagi tiba, aku, Zach dan Nasrin berjalan-jalan di sekitar Victoria Station. Kami memasuki restoran McDonald yang ada di situ. Bertemu pula dengan beberapa orang pelajar Malaysia dari UCL yang kebetulan sedang menunggu kawan mereka dari Leicester juga.

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam, namun Sudin dan rakan-rakannya belum lagi tiba. Sudin merupakan rakan sekolah aku di Taiping dulu. Tidak seperti aku dan Ammar, dia datang ke UK atas tajaan MARA. Beberapa lama kemudian, baru kami dapat tahu mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Dijangka sampai tengah malam nanti pula.

"Sejuk tak tahan. Aku nak pergi beli kopi. Ada sesiapa nak?" Zach dan Nasrin cepat-cepat mengangkat tangan. Aku segera melangkah ke kaunter memesan minuman panas itu. Baru sahaja hendak duduk, telefon bimbit sudah bergetar.


@}--- Akasyah: Ramadhan@Tokyo ---{@
(Siaran Pertama: 4 Nov 2004 @ 21 Ramadhan 1425
 Siaran Ulangan Pertama: 19 Okt 2006 @ 26 Ramadhan 1427
 Siaran Ulangan Kedua: 24 Ogos 2009 @ 3 Ramadhan 1430)


Sepatutnya sekarang ini dia sudah pulang dari Australia, bumi kanggaru itu. Wah, seronok betul dapat terbang ke sana ke mari! Dapat juga dia melancong ke negara orang. Aku jadi cemburu. Aku juga yang melangut di depan komputer dengan data yang berjela-jela bagai tiada penghujung. Menyiapkan laporan eksperimen. Nasib badan!

Aku mengeluh panjang. Penat! Dua jam menatap skrin laptop tanpa henti benar-benar buat mata aku berpinar-pinar. Aku mengeliat ke kanan dan ke kiri. Longgarkan urat dan sendi badan. Kemudian membuang pandangan ke luar rumah. Hujan masih turun dengan lebatnya. Sudah dua hari berturut-turut Tokyo dilanda cuaca tidak menentu.

Taufan 23gou dan 24gou baru sahaja melepasi kepulauan Jepun ini. Kebanyakan sekolah dan instutusi pengajian di pulau Kyusyuu ditutup. Memangnya kuat betul penangan taufan waktu itu. Tokyo juga terkena tempiasnya. Hujan lebat berserta angin kencang menyerang kota termaju di dunia ini. Tidak lama selepas itu, sekali lagi pulau yang terletak di dalam lingkaran Api Pasifik ini digegarkan oleh gempa bumi yang kuat.

Waktu itu baru sahaja usai berbuka puasa, rumah kayu aku ini bergegar untuk beberapa ketika. Kuat daripada biasa. Segera aku membuka peti televisyen. Biasanya apabila berlaku gempa bumi, akan ada pemberitahuan.

"Lima skala rectar? Patutlah goyang semacam." Biasanya tiga atau paling kuat empat skala rectar sahaja yang pernah aku rasai. Gempa bumi adalah suatu fenomena alam yang biasa aku alami sejak belajar di sini. Terutama sekali semasa bertukaran musim. Taufan dan gempa bumi.

Gegaran paling kuat adalah di Niigata, enam perpuluhan lapan skala rectar. Aku melihat rakaman yang menunjukkan bandar Niigata digoncang hebat diulang tayang beberapa kali. Kesemua channel tv menyiarkan berita tentang gegaran luar biasa itu. Kecoh satu Jepun. Mana tidaknya, sehinggakan kepala keretapi peluru (shinkansen) sendiri pun terkeluar dari landasannya. Bagaimana tinggi sekalipun teknologi manusia masih tidak mampu melawan kuasa Tuhan. Dua hari selepas itu, sekali lagi gegaran yang kuat melanda Niigata. Jauh di sudut hati risau juga memikirkan teman-teman senegara yang berada di sana. Harap mereka semua selamat hendaknya.

Panggilan telefon dari Nur Jannatul Ma'wa mengejutkan aku dari lamunan. Mujur dia mengingatkan aku pada temu janji kami hari ini. Aku hampir sahaja terlupa. Kelmarin Mar Iskandar yang sudah dua bulan bergelar suami kepada Nur Jannatul Ma'wa itu mengajak aku iftar jamie di rumahnya. Sebetulnya ajakan itu datang dari Wawa. Kebetulan aku jiran mereka yang paling dekat, memang patutlah diajak. Aku senyum sampai ke telinga kerana memikirkan yang aku tidak perlu masak petang ini. Rezeki orang bujang.

Puding karamel yang hendak dibawa bersama sudah siap. Cuma menanti masa untuk ia sejuk sendiri. Pantas aku bangkit bersiap-siap. Meja yang bersepah dengan kertas dikemas ala kadar. Suis laptop dimatikan.

Empat puluh minit sebelum masuk waktu berbuka puasa, aku meredah hujan lebat menuju ke rumah Mar Iskandar. Hanya sepuluh minit berjalan kaki sudah tiba. Semerbak bau lazat menusuk ke hidung apabila melangkah masuk ke dalam rumah pengantin baru itu. Nampak Mar Iskandar sedang memasak sesuatu. Wawa menjemput aku masuk.

"Masak apa tu?" Aku menegur suami Nur Jannatul Ma'wa itu.

"Murtabak."

Aku mengangguk. Teringat yang tahun lepas, komuniti pelajar muslim membuka gerai jualan dan Mar Iskandar menunjukkan bakat menebar murtabak. Katanya, pernah berjual juga waktu belajar di UK. Nampaknya tahun ini acara tersebut jatuh dalam bulan Ramadhan. Jadi, semua sudah bersepakat tidak terlibat. Ah! Rindu pada kemeriahan menjual kuih-muih tahun lepas.

Ingat UK, ingat Kaduk. Aduh! Aku sudah makin parah.

Rindu aku kian membara. Makin bersemarak apabila melihat pasangan bahagia Mar-Wawa sedang masak bersama-sama waktu ini. Aku ingin menolong tetapi ditegah. Disuruh mereka duduk sahaja di dalam bilik. Aku merapati meja kotatsu di sebelah kanan bilik. Di atasnya ada sebuah buku. Aku mencapainya.

"Buku tu ana baru beli..."

Aku menoleh ke arah Mar Iskandar yang berdiri di muka pintu bilik. Mata aku beralih semula pada tafsir fi zilal tulisan Syed Qutb di tangan. Membelek-belek isi kandungannya.

"Fi Dzilalil... apa maksudnya ya?" Aku memberanikan diri bertanya.

Mar Iskandar berdehem lalu menjawab,"Fi zilalil quran... di bawah naungan quran."

Aku mengangguk tanda faham.

"Kalau nak pinjam mana-mana buku, beritahu aja pada Nur atau ana. Jangan segan-segan tau." Katanya lagi sebelum hilang semula ke dapur.

Sesuatu yang aku perasan tentang Mar Iskandar sejak bergelar suami orang ini. Dia makin segak! Muka pun bercahaya. Jernih. Bagai disinari cahaya iman yang melimpah ruah.

Menyesalkah aku kerana menolak cadangan Kak Zinnirah? Hati kecil menduga.

Aku pantas menggeleng. Tidak sama sekali. Aku tidak pernah menyesal atas keputusan yang telah aku ambil. Sebagai gantinya, Tuhan telah mempertemukan aku dengan orang yang sesuai untuk aku. Carl Duke Adam. Carl Duke Adam. Dia tunanganku.

Usikan Mar Iskandar seusai majlis pernikahannya dahulu bermain di fikiran. Waktu itu aku dan Adam baru sahaja mengikat janji untuk hidup bersama.

"Enta ni... sejak bertunang makin berseri-seri ana nampak."

Aku yang mendengar turut tersenyum bagai tidak cukup pipi. (pinjam kata-kata kak ryn)

"Mana ada." Balas Kaduk sambil memandang aku sekilas.

Tunang... aku segera membelek cincin belah rotan yang tersarung di jari. Wajah si dia terbayang lagi di ruang mata. Rindunya pada dia, bisik hati kecil. Kenapa dengan aku hari ini? Asyik teringatkan dia sahaja sepanjang hari. Mungkinkah dia juga sedang memikirkan tentang diri aku saat ini sehingga aku merasakan perasaan yang sama? Aku melepaskan keluhan berat. Sudah dua minggu Adam tidak menghubungi aku. Baik melalui telefon atau messenger. Sibuk benarkah dia?

"Ayang dah letak garam?" Tiba-tiba suara Mar Iskandar menerjah cuping telinga.

"Belum lagi...."

Tidak lama selepas itu terdengar gelak tawa dari dapur. Aku mencuri pandang. Nampak Mar Iskandar sedang mencuit hidung isterinya. Wawa ketawa kecil. Aku cuma mampu tersenyum. Boleh tahan romantik pasangan pengantin baru ini. Masing-masing memberikan gelaran manja antara satu sama lain. Mar Iskandar memanggil Wawa dengan nama "ayang", manakala Wawa pula memanggil Mar "sayang." Sekali lagi aku membelek cincin di jari manis. Kaduk... Nama itu bergema lagi di sudut hati. Rindu yang teramat pada debater pencen yang satu itu. Lantas hati jadi sayu. Lupakah dia pada aku?

Seawal jam lima petang, kami bertiga berbuka puasa ringkas dengan buah kurma dan susu segar lalu terus menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Usai solat aku membantu Wawa di dapur menyenduk kuih kari. Wawa memanaskan semula murtabak di dalam ketuhar gelombang mikro.

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng dan suara lelaki memberi salam. Wawa bergegas masuk ke dalam bilik. Menyarungkan purdahnya barangkali. Mar Iskandar pantas mendapatkan tombol pintu.

Kaduk, desis hati yang sudah berbunga riang. Makin bertambah bahagia apabila wajah lelaki itu terpacul di ruang mata saat ini.

"Enta sihat? Lama betul kita tak jumpa." Kata lelaki itu sambil berpelukan dengan Mar Iskandar. "Lebat betul hujan hari ni. Lebih Lebat daripada semalam." Katanya lagi.

"Enta dah berbuka?"
"Dah. Dengan coklat."

Tiba-tiba Kaduk menoleh ke arah aku. Dia kelihatan tersentak. Seperti tidak menduga kehadiran aku di situ. Sedangkan dari tadi lagi aku menjadi pemerhati setia.

"Ingatkan zaujah enta tadi."

Aku rasa mahu merajuk. Baru sebulan tidak ketemu, masakan sudah lupa sama sekali wajah aku. Sampai hati dia! Agaknya kalau berpisah setahun, boleh lupa terus dia tentang aku.

"Takkan tunang sendiri tak kenal. Marah si Syah pada enta nanti." Kata Mar Iskandar dengan nada bergurau. Kaduk tersengih.

Memang dah marah pun. Tak payah tunggu nanti, jawab aku dalam hati. Terus berlalu membawa mangkuk berisi kuih kari dan meletakannya di atas meja.

"Kita makan dulu... atau enta nak solat dulu?" Tanya Mar Iskandar sambil memandang yang sudah terhidang makanan.

"Ana solat dululah. Takut habis waktu pula nanti. Kalau nak makan dulu, silakan..."
"Tak apa. Kami tunggu."

Sementara menanti Kaduk yang sedang solat. Aku dan Wawa tadarus quran di bilik yang satu lagi. Tidak lama selepas itu, kami berempat menjamu selera. Setelah itu menunaikan solat isya' dan solat terawih pula. Sambil menjamah puding, Mar Iskandar dan Carl Duke Adam sibuk membicarakan isu semasa.

Aku dan Wawa hanya menjadi pendengar. Isu semasa adalah topik kegemaran Adam. Aku tahu dia boleh bercakap tanpa henti mengenainya. Dalam pada itu, aku menjeling jam di dinding. Sudah jam sepuluh. Aku perlu pulang. Kaduk pun tidak menampakkan ciri-ciri menyedari kehadiran aku. Leka benar dengan isu hangat yang melanda serata dunia waktu ini. Fikir aku, salah satu sebab kehadiran dia malam ini adalah untuk berbual dengan aku. Nyata aku tersilap perhitungan.

Sepuluh suku... masih tiada tanda-tanda nyata perbincangan hangat antara dia dan Ammar akan berakhir. Agaknya aku 'invisible' di mata dia malam ini. Baik aku pulang aja. Setelah mengikat tali pertunangan, mana kami pernah berdua-duaan tanpa mahram. Dia pun lebih suka menghantar mesej daripada berbual secara terus dengan aku. Aku berbisik pada Wawa memberitahu aku ingin pulang. Wawa memandang wajah aku dan Adam silih berganti.

"Tak mahu sembang dengan Adam dulu?" Tanya Wawa seperti memahami.

"Tak apalah. Dah lewat." Aku menolak. Separuh merajuk.

"Tunggu kejap. Ada murtabak lebih. Bawa balik rumah ya. Buat makan sahur nanti." Katanya lalu bingkas bangun menuju ke dapur.

"Tak payahlah susah-susah." Aku pun turut sama bangun.

Mar Iskandar dan Adam yang tadi rancak berbicara terus senyap. Kedua-duanya memandang ke arah aku. Paling ketara, muka Kaduk sudah berubah. Mungkin dia baru tersedar bahawasanya dia terlupa akan kewujudan aku ini.

"Takkan dah nak balik?" Tanya Mar Iskandar sambil menjeling ke arah Kaduk.

Aku mengangguk cepat-cepat bagaikan tidak sabar mahu pulang.

"Sihat?" Soal Kaduk pula.

Amboi, baru sibuk-sibuk nak tanya aku sihat atau tidak. Tahap rajuk bertambah.

"Alhamdulillah." Jawab aku acuh tidak acuh. Cepatlah Wawa siapkan bekal sahur aku. Tak sanggup rasanya berdiri lebih lama lagi di sini.

"Ana ada belikan souvenir dari Aussie."

Aku menoleh. Dia sudah berdiri di muka pintu. Memandang tepat ke arah aku sambil menghulurkan paper bag warna biru muda.  Selepas mengucapkan terima kasih, aku kembali meredah kepekatan malam dan hujan lebat. Sebelum beredar tadi, aku sempat memandang wajah si dia. Aku tahu yang dia tahu aku sedang marah.

Jam tiga pagi... lena aku dikejutkan oleh satu panggilan missed call. Lihat nama pemanggil yang tertera pada skrin LCD itu. Kaduk. Disusuli pula oleh e-mel yang berbunyi. "Duhai Ainul Mardiah, telah berlalu masa tidurmu. Bangunlah solat Tahajud pada waktu malam. Kerana solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya kepada jiwa dan lebih tetap betul bacaannya."

Aku terharu atas tanda ingatannya. Begitulah dia setiap pagi sepanjang bulan Ramadhan itu. Acapkali memberi pesanan tanpa jemu. Dia memang bersungguh mahu mendidik aku. Bingkas mengambil wuduk, manfaatkan waktu dengan solat tahajud dan solat sunat yang lain. Bertadarus menghabiskan baki malam tadi. Usai bersahur, aku mengadap laptop. Ternampak ada kiriman emel untuk aku. Segera membacanya. Dari Adam.

==============================

Assalamualaikum Warahmatullah....

Nurul Akasyah yang dikasihi,
Akhirnya kita sudah sampai sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut.

Moga kita sama-sama mengimarahkan malam-malam terakhir Ramadhan kali ini dengan qiamulail dan tadarus. Rebutlah peluang sebaik-baik mungkin. Mana tahu ini adalah Ramadhan terakhir untuk kita. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Ana dapat rasakan sesuatu dari enti malam ini. Sekilas jelingan enti, ana sudah boleh meneka perasaan enti. Kita kan dah lama kawan. Marahkan ana kerana sepi tanpa berita? Janganlah begitu. Ana sibuk sangat bulan ni. Afwan!

Anggaplah semua ini satu latihan bagi enti. Sebagai persediaan untuk menempuhi alam yang baru bersama-sama ana nanti. Dalam keadaan sekarang, memang ana terlalu sibuk. Mungkin bila pulang ke Malaysia kelak, ana akan berkerja di pelantar minyak pula. Wallahu'alam. Ana harap tidaklah begitu. Tapi kalau ya, ana harap enti bersedia.

Bagaimana dengan hadiah yang ana beri? Suka tak? Simple aja bukan, tiada yang istimewa. Oh ya, sebelum terlupa... grandma Aisyah kirim salam pada enti. Katanya, rindu pada Nurul Akasyah (her grandson always feel the same way about you too). Pesan grandma lagi, utuslah surat jika ada kesempatan. Cucunya pula pesan, balaslah emel ini secepat mungkin.

Your Adam

==============================

Aku tersenyum panjang. Kaduk, Kaduk... Marah aku pada kau selalu tak ke mana.


Posted at 03:44 am by anrys
Comments (4)  

Monday, August 10, 2009
B-Wave Rnysa: Selamat Ulang Tahun, Kak Su!

RADHA 'Kak Su Belated Birthday' Special
(Siaran Ulangan Kali Ke-2)


Kak Noor Suraya Adnan Sallehudin a.k.a Kak Su,
Selamat menyambut hari lahir (10 Ogos 2009)
Entri ini khas buatmu!





"Sejambak mawar untuk kekanda yang manis," ujarku lalu memeluk sepupu yang paling comel itu. Sejambar mawar merah pelbagai tona warna sudah beralih tangan. Mata Kak Su sudah berderu dengan air mata. Perempuan, semuanya hendak diraikan dengan air mata... (culik ayat trademark kaksu!)

"Datang seorang? Kaduk mana?" Mata kekanda yang masih basah itu memilau mencari si rambut perang. Macamlah Kaduk yang tinggi lampai itu sedang main sembunyi-sembunyi di belakang aku.

"Seorang saja. Dua hari lepas dia dah pergi ke laut..." Sedih aku menutur. Macamlah suami aku berkerja sebagai seorang nelayan pula. Pergi ke laut...

Kening Kak Su terangkat. Terkejut. Pantas dia memelukku, memberi semangat. "Bunga sajakah untuk Kak Su?" Kakak sepupu aku itu segera menukar topik perbualan. Tidak mahu membiarkan aku terus-menerus memikirkan suami yang berada di pelantar minyak.

"Kak Su nak LEGO?" usikku.
"Oh, untuk Ieman jahitkan baju kurung. Dah pandai pilih kasih ya? Syah dah tak sayang Kak Su, ya?"
"Sayang. Bertambah sayang dari hari ke hari..."
"Kalau macam tu, jahitkan sepasang untuk kekanda kesayanganmu ini. Boleh?"
"Kak Su percaya dengan skill menjahit Syah?"
"Engineer... mestilah ukurannya tepat dan betul!"
Aku tergelak. "Ieman tak cerita kisah baju kurungnya?"

"Kak Syah, kenapa baju ni bila pakai muat-muat saja?"
"Iya ke? Kak Syah ukur ikut baju yang terbaru. Mak Ieman juga yang beri."
"Betul ke? Kak Syah sengaja nak kenakan orang. Ieman mana pakai baju sendat macam ini. Kak Syah ni..."
"Sendat? Haa... Itu tandanya Ieman dah makin ge..."
"Mana ada!"
"Tulah... duduk di Ireland tu makan tidur saja, ya? Cuba contohi sikit Kak Syah yang rajin bersenam ni."
"Tahulah dia baru jadi ahli gym dan masuk kelas renang. Berlagak! Tak apa..."

"Kak Su nak merasa hasil tangan si Puan Insinyur. Baru-baru ini Kak Su ada dapat kain baju kurung dari kawan di Terengganu. Warna biru nila kesukaan Kak Su. Syah tolong buat tulang belut juga, tau. Kak Su nak pakai raya nanti."

"Tak mahulah. Nanti buat rugi kain saja. Syah tak mahir sangat..." Aku rasa hendak menangis saja. Kak Su, sekurang-kurangnya bagilah peluang Syah praktis  dulu 'bertukang' beberapa pasang baju sendiri. Kalau tak jadi, sempat lagi buat 'trouble-shooting'. Nak pakai untuk raya pula tu, haru...

"Makan tengahari di sini ya? Abang Rosdi beli ikan kerapu dari kawannya. Lima ringgit lima belas ekor. Kak Su ingat nak masak sweet sour. Tapi Syah kena tolong siang ikan." Kak Su sudah beralih cerita ikan kerapu pula. Mujur sangat! Tapi kena siang ikan?

"Aduh, kenapa tak beli yang dah bersih? Kak Su ni rajin sangat," puji aku. Padahal sekadar taktik hendak mengelak daripada kerja 'siang-menyiang' ikan itu.

*   *   *   *   *

Petang itu, sekali lagi aku singgah di situ. Pemilik kedai melemparkan senyum manis. Langkah diatur perlahan ke arah objek hitam berkilat. Penutupnya dibuka. Jari-jemariku menyentuhnya dengan lembut. Bunyi merdu berdeting. Bibir mengukir segaris senyuman tanpa dipaksa. Kenangan lama. Sesuatu yang terlalu ingin dimiliki pada masa lalu.

Telefon bimbit bergegar di dalam tas tangan. Ada mesej masuk.

"Kak Syah, esok akak bawa tajuk "Fiqh Wanita". Date kita 10 pagi. Kami semua rindu sangat dekat kakak. Tak sabar nak jumpa!"

Aku membalas seadanya. Sesuatu yang tidak disukai masa lalu, kini menjadi kemestian setiap hujung minggu. Tanggungjawab yang tergalas di bahu. Tanpanya hati rasa resah gelisah pula. Terbayang wajah adik-adik di Ambang Asuhan Jepun yang rindukan pengisian jiwa.

Sebelum pulang, pemilik kedai menyuakan sekeping leaflet. Aku mengambil dan membacanya. Dada berkocak. Nafas ditarik perlahan.

PIANO LESSON...

"Mahu daftar?" Aku tidak pantas memjawab.
"Oh, sekarang merdeka sale. Kami beri diskaun untuk itu juga..." Matanya pula menyapa sebuah piano yang baru aku usik sebentar tadi.
"Mungkin lain kali..." balasku dengan sopan, menolak tawarannya entah untuk kali ke berapa. Namun leaflet itu tetap dibawa masuk ke dalam tas tangan. Kerana diri ini tak pernah berhenti mengenang masa silam.

Jauh di sudut hati ini, aku masih lagi Nurul Akasyah suatu waktu itu...



Sedutan Bab 13 (1 PHASE, 3 PHASE)....


Aku mencarimu, Tuhan.
Dari timur ke barat
Dari gelap ke terang

Aku terus mencarimu, Tuhan
Dalam kegelapan yang menutupi cahaya
Dalam bayangan yang merobek kenangan
Dalam hati yang melebihi kabut perasaan


Posted at 01:57 am by anrys
Comment (1)  

Previous Page Next Page