Entry: Operasi OND [2] Monday, May 11, 2015



Versi Dua
oleh Rnysa

Bandar Baru Bangi. Jumaat, 8 May 2015. Jam 10.24 malam.

Lampu pejabat dipadamkan. Dia yang terakhir balik pada hari itu. Langkah diatur perlahan ke Walk In, kedai serbaneka yang dalam kawasan kantin yang masih beroperasi. Kantin sudah gelap. Hanya lampu di atas barisan tray yang sudah kosong menerangi dari jauh.

"Lambat balik?" Tegur warga Bangladesh yang menjaga kedai. Ramah.

Air 100 plus diletakkan di atas kaunter pembayaran. "Ada kerja sikit."

Balik daripada jamuan perpisahan Haidar tadi, dia kembali semula ke pejabat. Dalam sibuk-sibuk menyiapkan laporan tentang kualiti TV di negara China, dapat e-mel daripada Hideyuki-san. Ketua jurutera perisian untuk model 'low cost' itu minta setup operasi OND. Memang ada isu yang hanya dapat diselesaikan dengan perisian terbaharu.

Oleh itu, perisian terbaharu perlu boleh dimuat turun ke USB dari laman e-support sekiranya TV pengguna menggunakan model analog yang tiada aksess internet pula. Beberapa hari sebelum itu, model digital yang mungkin mengalami halaju internet sangat perlahan kadangkala sudah boleh muat turun perisian terbaharu dari laman e-support. Operasi untuk model digital sudah selesai, kini giliran model analog pula.

Mahu tak mahu Farah kena selesaikan tugasnya itu malam ini juga. Kalau tunggu hari Isnin mesti banyak lagi kompelin yang mereka terima. Waktu itu tadahlah telinga mendengar rungutan dari pihak servis atas kelewatan.

Whatsapp si dia yang sedang menjalani internship di Mangalore baru dibalas.
- Baru keluar pejabat, nak melangkah ke parking
+ Dah malam kan? Lewat...

Farah mengetap bibir bawah. Nak buat macam mana. Waktu dapat emel Farah masih ada dalam pejabat. Orang boleh nampak office messenger masih menyala - online.

Dari dalam kereta pandang langit yang gelap buat rasa hendak menangis! Dah pilih kerja macam ini memang ada waktunya balik tak tentu masa. Farah sengaja tidak membalas mesej tunangnya itu. Fahrin kan bakal doktor, dia lebih maklum!

***

Tidurnya malam itu tidak lena. Seperti ada saja yang tak kena dalam hati. Farah mengalih ke kiri dan kanan. Kemudian dia bangkit sekejap dan baring semula. Apa yang tidak beres dalam hati?

- Telefon mak dan keluarga di Terengganu sebelum tidur. Selesai.
- Beritahu encik tunang, Fahrin Ahmad sudah selamat sampai di rumah. Selesai.
- Solat Isyak. Selesai.
- Baca doa sebelum tidur. Selesai.

Saat itu, dalam samar-samar malam, Farah terpandang mushaf Al-Quran di atas rak. Mungkinkah....? Hati Farah terdetik sesuatu. Lama makin lama makin kurang Farah membaca Quran. Kadangkala hanya sebaris ayat sahaj, kadangkala tertinggal langsung. Berbanding waktu belajar dahulu, boleh dibilang dengan jari.

Kalau TV pun perlu perisian terbaharu supaya dapat menjalankan fungsinya dengan baik, tentu manusia yang mudah leka dan lalai lebih perlu diingati supaya dapat menjalankan tanggungjawab di dunia dengan sempurna. Jawapannya hanya dengan mendalami Al-Quran, sunnah dan ilmu

Manusia yang hidup tanpa tahu arah tuju, ibarat layang-layang terputus talinya

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments