|
@}--- Akasyah: Bulan Bintang ---{@ "Tak ada! Mana ni..." Aku meneliti mesin basuh yang sudah kosong. Kemudian aku kembali semula ke ampaian di balkoni. Cuba mencari di segenap penjuru. Tak jumpa! Tak ada... "Cari apa?" Kaduk menampakkan diri dengan berkerut dahi. Di tangannya semangkuk penuh peach cobbler hasil buatannya sendiri. Sejak pandai memasak dessert itu, hampir tiap-tiap minggu dia akan buat. Kadang-kadang aku boleh menangis untuk hal-hal yang kecil. Sebab kadang-kadang tidak semua perkara aku berkongsi cerita dengan semua orang. Kisah suka duka belajar dan membesar, semata-mata untuk menjadi seorang yang berjaya. Meskipun datang dari keluarga yang besar dan ramai, aku sering saja kesunyian. Setiap orang merasa ingin disayangi oleh mak ayah sendiri. Diberikan perhatian yang secukupnya. Namun, bagi diri aku, sering saja aku perlu menjadi seorang yang tabah dan berdikari. Aku terpaksa belajar bergantung pada diri sendiri. Bukan anak tunggal saja boleh rasa kesunyian, orang yang punya adik-beradik yang ramai pun boleh rasa begitu juga. Hal ini terjadi bila komunikasi dalam keluarga tidak berjalan dengan sebaiknya. Bersama-sama dengan Carl Duke Adam, aku sebenarnya dan sememangnya jadi seorang yang berbeza. Atau sebenarnya aku cuba menjadi seorang yang berbeza? Belajar disayang dan menyayangi. Kata Kaduk, aku perlu belajar menyayangi diri sendiri sebelum orang lain menyayangi diri aku. Kami datang dari dua latar keluarga yang berbeza. Mungkin kerana bapa Kaduk, Carl Duke Akbar itu berbangsa Belanda dan membawa budaya dari Barat, lalu membesarlah Kaduk dalam suasana keluarga yang bahagia dan penuh gelak tawa. Aku sering saja berasa aneh dan janggal berada di tengah-tengah keluarga. Kaduk dan adik-beradiknya yang lain selalu saja mengucap "I love you, mama and dad" kepada mama dan papa mereka. Membisikkan kata-kata itu penuh manja di telinga mereka, lalu dibalas dengan pelukan mesra. Sedang aku, kata-kata itu tidak pernah sekalipun terlahir dari bibirku. Pagi raya pun mana ada sesi bersalam antara satu sama lain. Adakah bermakna aku lahir dalam keluarga yang aneh? Kebiasaan tidak berkasih-sayang itu dipecahkan oleh Carl Duke Adam sebaik sahaja dia memasuki keluarga besar aku. Awal-awal lagi aku sudah memaklumkan kepadanya bahawa keluarga aku tidaklah semesra dia sekeluarga. Bukannya aku datang dari keluarga yang berpecah belah, cuma kami kurang mesra dan tak nampak macam keluarga saja. Masing-masing buat hal sendiri-sendiri. Masa di Jepun dulu, entah berapa kali aku menangis sendirian di tengah malam hari. Tanpa ada sesiapapun di sisi atau nombor yang hendak dihubungi. "Adalah hikmahnya perkahwinan kita ni..." katanya, selepas bersalam-salaman dengan mak dan ayahku di pagi raya. Meskipun sudah pagi raya ketiga kerana sebelum itu kami beraya di sebelah keluarga Kaduk di Johor. Sempatlah bertemu dengan Auntie Hannah, makcik Kaduk yang menetap di Singapura. "Tak jumpa-jumpa lagi?" soal Kaduk setelah melihat aku masih terbongkok-bongkak mencari stoking corak bulan bintang yang hilang. Aku mengangguk. Kaduk sudah bangkit dari sofa dan mendekati aku. "Nanti abang beli yang baru..." "Tak sama..." Aku rasa hendak menangis. Senangnya nak ganti yang baru! "Memanglah takkan jumpa yang sama. Sebab yang Syah punya tu beli masa di Jepun. Kita cuba cari yang hampir sama. Mesti ada jual..." pujuknya lagi. Padahal ia hanyalah sebelah stoking yang sudah usang dan lama. Pakai sejak tahun pertama di Jepun dulu. Apalah hendak disedihkan sangat. Kita sering saja bersedih tentang hal-hal keduniaan. Amalan bekalan buat akhirat tidak sedih pula kalau 'hilang' dari jadual seharian. Alasan sibuk sentiasa menjadi alasan. Pesan orang-orang alim, hal-hal dunia kita mestilah melihat orang yang lebih bawah daripada kita supaya kita belajar bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada kita. Manakala hal-hal akhirat kita mestilah membandingkan dengan orang-orang yang lebih alim dan warak supaya kita lebih berusaha menambahkan amal ibadat dari segi kualiti dan kuantiti. Memang senang bercakap daripada melakukannya. Entahlah labu... Rnysa: Maaflah... entri ini kurang rasa serba-serbi. Semakin lama, semakin ketandusan idea. I really need to do something about it. Terasa entri CINTA SOFEA episod 15 'Hilang Dalam Damai' menyebabkan semangat menulis itu pun turut hilang. Petikan dari ALBATROS [Hikari] "Kau makan apa tu, Adriena?" "Ubat tidur..." jawab Adriena selamba, lalu menelan sebutir Risperidone 1mg dengan air masak seteguk. "Ubat tidur? Sejak bila pula kau ambil ubat tidur ni? Tiap-tiap malam pula tu. Kau ni biar benar..." Teman sebilik Adriena melahirkan rasa risau. Ingatkan makan vitamin... Adriena tersengih. Risperidone itu ubat tidur? Memang ubat itu buat dia tidur lena. Teman sebiliknya itu bukannya tahu. Ubat itu adalah ubat antipsychotic untuk merawat pesakit schizophrenia seperti dia. Tuhan, tolong keluarkan aku dari kegelapan ini... Baca selanjutnya di synar-hikari.blogdrive.com |
| naim December 10, 2009 03:07 AM PST nak baca sambungan citeni lagi!!!! | ||
| Name November 28, 2009 06:43 PM PST assalamu'alaikum akak rnysa. seronok baca entry ni. rindu kat akasyah n adamn arham . | ||
| sazlynn November 14, 2009 04:26 AM PST salam,, hehehe.. nk lagi.. best..! | ||
| kak Hannah November 4, 2009 08:53 AM PST Anis..akak nk jugak kenal dgn Auntie Hannah makcik si Kaduk tu...manalah tahu, jiran satu blok........hehehe | ||
| farah rosni November 3, 2009 12:43 AM PST kalau harta yg kita syg, mmg kita jd 'lost' | ||
| aHaDa November 2, 2009 04:27 PM PST kak anis, sapa cakap cerita ini kurang inti... bila dpt tau cerita syah n kaduk, hati gundah dh jd ceria mcm matahari... bukan lagi bulan malap... | ||
| Leave a Comment: |