Entry: Cerita Baru: Hikari Express No Ainori [1] Wednesday, November 04, 2009



Hikari Express
No
 

(The Love Ride of Hikari Express)


Episod 1



Deru penghawa dingin tidak dapat mengurangkan rasa panas petang itu. Remote control dicapai. Suhu diturunkan ke paras paling minimum. Tujuh belas darjah celcius. Cahaya matahari dari luar menerjah masuk ke dalam bilik. Remote control diletakkan ke tepi meja. Langkah perlahan diatur ke tepi tingkap. Tali venetian blind ditarik sehingga cahaya tidak dapat memasuki ruang pejabat.

Gelap.

Jemari halus itu melaras semula venetian blind. Dibiarkan separuh terbuka. Cahaya mentari kembali menerangi. Tidak terlalu cerah, tidak terlalu terang.

Hikari, desisnya dalam hati. Sambil tersenyum memandang langit yang cerah. Biru terang tanpa awan.

"Assamualaikum Cik Hazel. Tiket yang cik minta baru sampai. Boleh saya hantar ke bilik sekarang?" Suara sang setiausaha keluar dari corong interkom mencuri perhatian eksekutif muda yang sedang merenung pandangan Kuala Lumpur.

Wanita muda itu mengatur langkah ke mejanya. Punat interkom ditekan. Salam dijawab lalu kemudian membalas dengan "okey..." sahaja kepada setiausaha barunya di luar. Kembali ke tepi tingkap, melihat awan.

Tidak lama kemudian, kedengaran pintu bilik diketuk sebanyak tiga kali. Wajah manis Saidatul Akma tersembul di muka pintu. Dengan tertib dia merapati Hazel yang asyik memandang ke luar. Tiket beralih tangan.

"Tiketnya pukul berapa?" Soal Hazel.
"Pukul lapan malam. Macam yang cik pesan..."
Hazel mengangguk.Berpuas hati dengan tugas yang dilaksanakan menurut arahannya.

"Pasti Cik Hazel tak mahu naik plane? Sempat lagi kalau nak tukar ni..." Saidatul Akma sekadar bertanya. Mana tahu Cik Hazel tiba-tiba berubah fikiran. Selalunya dia akan menempah tiket kapal terbang untuk bosnya itu. Kali ini lain pula ceritanya.

Hazel menggeleng. "Dah lama saya tak naik train..." balasnya lalu tersenyum seribu makna.

Saidatul Akma turut senyum. "Baiklah. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu," katanya kemudian lalu meninggalkan Hazel sendirian.

Hazel masih berdiri di tepi tingkap kaca. Terus merenung jauh ke luar. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyum. Dalam kepalanya terbayang suatu hal. Suatu tempat. Suatu kenangan.

Hikari...




Info:
Hikari (ひかり?) is the name of a high-speed train service running on the Tōkaidō and Sanyō Shinkansen "bullet train" lines in Japan. Slower than the Nozomi but faster than the Kodama, the Hikari is the fastest train service on the Tōkaidō and Sanyō Shinkansen that is covered in the Japan Rail Pass. The word hikari means "light" in Japanese.



Rnysa: Dah lama teringin buat cerita ala-ala Romance On The Orient Express. Idea ini muncul juga setelah terbaca blog penulis skrip CINTA SEMPURNA. Akhirnya.... =)


   3 comments

aHaDa
November 5, 2009   10:02 AM PST
 
salam...
nak final lagi byk idea mencurah ye...
hope to see the continuos entry....
=D
rania firdaus
November 4, 2009   11:26 PM PST
 
salam, kak anis..
idea ni sgt la bagus, kak..
tahniah!
sy menanti.. =)
misssaffaa
November 4, 2009   11:18 PM PST
 
wah...banyaknye idea org tu :D

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments