|
Hikari Express No (The Love Ride of Hikari Express) Episod 5 Malam itu bagaikan cuba menarik semula ingatan Hazel pada tunangnya. Tunang yang dibiarkan sepi tanpa berita. Telefon bimbit Hazel melagukan Love Story nyanyian Taylor Swift. We were both young when I first saw you I closed my eyes and the flashback starts I'm standing there On a balcony in summer air See the lights, see the party, the ball gowns I see you make your way through the crowd And say hello Little did I know Hazel membaca nama pemanggil yang tertera. RaFiQuE Dia menggigit bibir bawah. Dibiarkannya telefon terus berlagu tanpa bersambut. That you were Romeo, you were throwing pebbles And my daddy said, "stay away from Juliet" And I was crying on the staircase Begging you, please don't go And I said Romeo, take me somewhere we can be alone I'll be waiting, all there's left to do is run You'll be the prince and I'll be the princess It's a love story Baby, just say yes Tertera di situ... 1 missed call from RaFiQuE "Dah masuk tengah malam. Nak sembang apa?" gumam Hazel sendirian. Diletakkan semula telefon di tepi bantal. Silap tekan agaknya, Hazel membuat konklusi sendiri. Namun tidak lama selepas itu, Love Story kembali berlagu... So, I sneak out to the garden to see you We keep quiet cause we're dead if they knew So close your eyes Escape this town for a little while Oh oh Cause you were Romeo, I was the scarlet letter And my daddy said, "stay away from Juliet" But you were my everything to me I was begging you, please don't go And I said Telefon kembali digenggam. Kenapa Que? Dibiarkan Love Story berlagu sehingga ia berhenti sendiri. Rasa bersalah yang cuba mencuri ruang hati ditolak jauh-jauh. Rafique mesti faham, kata hati Hazel. Nada dering instrumental Love Story pula mengambil perhatian. Mesej masuk. Atau mungkin tidak... "Salam Hazel. Saya tahu awak tak tidur lagi. Baru jam 12 malam. Tolong jawab telefon, boleh tak? Please..." Dan Love Story berlagu lagi... Romeo, save me They try to tell me how I feel This love is difficult, but it's real Don't be afraid, we'll make it out of this mess It's a love story Baby, just say yes Oh oh I got tired of waiting Wondering if you were ever coming around My faith in you is fading When I met you on the outskirts of town And I said Romeo, save me I've been feeling so alone I keep waiting for you, but you never come Is this in my head I don't know what to think He knelt to the ground and pulled out a ring And said Dengan malas-malas, Hazel menaip sms balasan. Kasihan membiarkan Rafique menunggu di hujung talian. Salam. Dah malam ni. Taip saja apa yang awak nak cakap. Atau telefon esok pagi? Hazel menekan butang hijau, menghantar mesej kepada si dia. Tidak lama kemudian satu lagi mesej masuk dalam kantung Inbox. Saya perlukan 5 minit saja daripada masa awak, Hazel. 5 minit saja... Hazel menghela nafas. 5 minit? Lagi setahun lebih dari 5 minit masa saya untuk awak, Que. Love Story terus berlagu. Hazel akhirnya mengalah. "Hazelina, I just want to hear your sweet voice. Dah lama tak dengar..." ucap Rafique sejurus memberi salam. "Tak payahlah nak romantik malam-malam ni. Sekali lagi Que sebut ayat macam tu, Hazel terus letak telefon dan off terus." Ugut Hazel. Suaranya datar saja. Kedengaran tawa meletus di hujung sana. "Garang! Sebenarnya saya nak jemput datang rumah. Ahad ni ibu saya buat kenduri untuk cucu sulung dia. Kakak saya baru bersalin." Rafique balas dengan suara mendatar juga. Monotone. Tak ada lembut-lunak macam tadi lagi. Hazel faham sangat dengan perangai Rafique. Dia memang jenis suka bercakap terus kalau ada apa-apa. Dia tak suka taip-taip mesej. Lambat, katanya dulu. "Kak Raziffa dah bersalin?" "Ya, Cik Hazelina. Ibu suruh saya jemput awak datang. Lagipun dah lama kita tak jumpa, kan? Saya tak sempat nak pergi jumpa awak di rumah keluarga awak. Hmm... entah-entah awak pun dah lupa rupa saya bagaimana..." "Masih ingat. Kan Que ada beri gambar." "Ya, tapi gambar awak saja yang saya tak ada." Masing-masing diam. Membiarkan syarikat telekomunikasi mengumpul kekayaan di tengah malam itu. Romeo save me there trying to tell me how to feel This love is difficult, but it's real Don't be afraid, we'll make it out of this mess It's a love story baby just say yes Oh Oh "Mujurlah adik saya ada ambil gambar masa majlis pertunangan. Itu saja yang saya ada..." kata Rafique memecah kebuntuan bicara mereka. Ya, memang ibu ayah Rafique pernah minta gambarnya. Rasanya dia terlupa terus tentang hal itu kerana pertunangan berlangsung selepas beberapa pertemuan saja. Baru jumpa dua kali, Rafique terus bersetuju dengan pilihan orang tua. Dan Hazel pun bersetuju dengan pilihan keluarganya. Mudah sangat perjalanan 'perkahwinan' mereka berdua, kan! "Maaf. Hazel tak dapat datang. Esok dah nak bertolak ke Langkawi." Hazel kembali kepada perbualan mereka. "Oh, berapa hari?" "Seminggu. Minggu depan baru balik semula." Rafique terdiam di hujung talian. "Saya hantar..." putusnya kemudian. "Nak hantar ke mana?" Hazel menyoal pelik. "Maksud saya, saya hantar ke stesen keretapi. Bertolak dari KL Sentral?" "Ya. Tapi Que... tak perlulah susah-susah. Housemate saya boleh hantarkan..." Hazel merujuk kepada Naz yang telah menyatakan kesediaanya untuk menghantar ke KL Sentral. "Saya nak jumpa awak. Dah lama kita tak jumpa." Hazel melepaskan keluhan. Tadi cakap sudah lama tak dengar suara. Sekarang sudah lama tak jumpa. Banyak sangat alasannya. "Kita kan dah janji takkan jumpa kalau saya tak ada mahram..." beritahu Hazel setelah menimbang semua sudut. "Naz pun boleh jadi mahram awak..." "Tapi Que..." "Dah lebih enam bulan saya tak jumpa awak. Sekadar belanja makan dan sembang tanya khabar saja. Boleh?" Seperti biasa, Rafique akan memberitahu agenda yang disusunnya. Hazel kembali menimbang sebelum bersetuju. Bersetuju atas dasar ingin mengirim hadiah buat Kak Raziffa melalui Rafique. Itu saja. "Selamat malam... Juliet." ucap Rafique perlahan. Hazel tergamam sekejap. "Tiba-tiba saya rasa macam Romeo yang tengah baling batu ke tingkap rumah awak. Semata-mata nak bercakap dengan awak. Macam caller ring tone Love Story awak yang saya terpaksa ulang dengar berkali-kali..." bicara Rafique lagi. "That you were romeo, you were throwing pebbles. And my daddy said to stay away from juliet...." Perlahan Rafique melagukan senikata itu. "Oyasumi nasai, Rafique Mukminin." Segera Hazel mahu 'mencantas' mood romantik tidak tentu arah Rafique. Bimbang berlarutan yang bukan-bukan. "This love is difficult, but it's real. Don't be afraid, we'll make it out of this mess. It's a love story. Baby, just say yes..." "Assalamualaikum, Que..." "It's your heart that's never change, Hazel." Telefon ditutup. Dan nada sayu Rafique terus mati begitu saja. Toki wo tomete mo kokoro kawaru kana? (Meskipun masa terhenti, adakah hati akan berubah?) Ima no watashi wa betsu no hito ni narenai (Diri saya yang sekarang tidak menjadi orang yang berbeza) Hazel memejamkan mata. Love Story terus bermain di halwa telinga. Marry me, Juliet, you'll never have to be alone I love you and that's all I really know I talked to your dad Go pick out a white dress It's a love story Baby, just say yes Oh oh oh Oh oh oh oh 'Cause we were both young when I first saw you |
| cactaceousopuntia November 14, 2009 09:45 PM PST akhirnye ade en3 bru...xkesa la old hero heroin ke...ygg pnting ade en3 bru utk kami bce...heee...interesting cter ni...i'm loving it..=p | ||
| humayra November 6, 2009 11:41 PM PST cerite ni best... best2. cerita baru dr kak rynsa.. (^_^) take care kak.. may Allah bless | ||
| rania firdaus November 6, 2009 10:51 PM PST kak, sy promo Hikari Express No Ainori kat blog sy.. hrp akak tk marah.. | ||
| rania firdaus November 6, 2009 05:39 PM PST so sweet.. | ||
| irasya November 6, 2009 04:45 PM PST salam..kak nysa sweet gle cter nieyh... ble nk msuk entry bru??bkukn la erk!! | ||
| rnysa November 6, 2009 03:22 PM PST My dear sweet sis, Akak baru 'tersuka' lagu cik taylor swift ni. Kira ala2 versi tertinggal keretapi dh akak ni bila masuk bab2 lagu. Dah makin jarang dgr radio *sigh* Kali ni maybe tak ada my old hero-heroin yg akan muncul. Insya_allah, Hikari Ainori will be totally a brand new story line. Harap sgt dpt 'berpisah' dr watak2 lama tu. Dah lama sgt pun... asyik kaduk-syah jer. Hehe... p/s: Yup, lagu kaer.. sinar cahaya. Tp baru saja tukar dgn lagu blue bird from naruto shippuden. Bila dgr lagu ni rasa nak terbang ke langit biru! | ||
| aHaDa November 6, 2009 02:35 PM PST i love the song as well the story... kali ni mmg xde ke featuring any of ur old hero n heroine? p/s: lagu blog ni kaer ke yg nyanyi? | ||
| Leave a Comment: |