|
Hikari Express No (The Love Ride of Hikari Express) Episod 6 "It's your heart that's never change..." Kata-kata Rafique itu bergema di sudut ruang hati. Berulang-ulang... bagaikan siaran radio rosak. Dan otak Hazel pula menterjermahkan ayat itu ke dalam bahasa Jepun pula. Saling cuba mencuri ketenangan Hazel di pagi Sabtu yang permai itu. Pagi yang indah itu dirosakkan oleh ayat Rafique yang setajam pedang. Bukankah Hazel sudah cuba menyayangi Rafique setulusnya? Hadiah-hadiah yang pernah Hazel titipkan buat Rafique selama ini bukan sekadar membalas hadiah yang diberikan oleh Rafique. Dia pun cuba mengambil hati Rafique Mukminin - lelaki yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya itu. Mereka sedang cuba mengenali hati budi masing-masing. Begitulah mengikut skala tafsiran Hazel. Mentari pagi itu tetap memukau seperti selalu. Melimpahkan cahaya ke seluruh alam. Indah sekali ciptaan Tuhan. Lalu diri Hazel juga dilimpahi semangat secerah matahari sehingga sanggup mengheret Naz dan Nia berjogging di taman yang berdekatan sejak awal pagi lagi. "Tengah malam semalam telefon kau berbunyi tak henti-henti. Siapa yang telefon?" soal Naz sambil berlari setempat. "Sejak bila ni jaga tepi kain orang?" Hazel menjawab soalan Naz dengan soalan juga. Sejak semalam Naz tidak habis-habis menjadi Cik Polis bertanya itu ini. Terus-terusan begini naik rimas juga. Orang bertanya perkara yang kita tak mahu fikir. "Encik Rafique Mukminin telefon..." jawab Hazel sekali nafas setelah habis melakukan warming down. Dia duduk di atas rumput yang hijau, mengadap tasik buatan yang terbentang di hadapan mereka waktu itu. "Patutlah... " Naz mengangkat kening ke arah. "Patutlah apa?" Pintas Hazel cepat-cepat. Macamlah dia tak nampak Naz dan Nia main-main mata. Ha, tengah cari idea nak usik Hazel lah tu! "Patutlah... angin tak ada ribut tak ada... tiba-tiba pagi ni kami kena seret berjogging. Apakah ayat berupa kata-kata semangat yang Rafique hembus semalam... ke telinga Hazel?" Rania Firdaus pun turut buat gaya menghembus ke telinga Hazel. "Hey! Gelilah!" Hazel segera menolak Nia. "Kami bukan pasangan romantik macam Naz dan SK." Hazel menjuihkan bibir pada Naz yang sedang ketawa tak ingat dunia. "Eh, tolong jangan kaitkan Naz dalam 'Love Story' Hazel ya. SK Naz tak ada telefon sampai habis ring tone." Ejek Naz. Hazel tersengih. Entah apa angin Rafique malam tadi pun Hazel kurang pasti. Tak pernah dia buat perangai macam itu. Entah-entah dia kena cabar dengan kawan-kawan suruh telefon Hazel sampai kebas jari. Dalam kepala Hazel mula terbayang dialog-dialog begini: "Pergi telefon tunang kau yang kononnnya dingin mengalahkan iceberg tu. Dah senyap mengalahkan beruang kutub berhibernasi..." "Ada tunang pun buat perhiasan saja. Apa yang kau dapat, Que? Apa?" "Nak jumpa tak boleh, nak telefon pun tak boleh. Berlakon baik konon. Entah-entah main kayu tiga belakang kau..." "Dia buat kau macam tak wujud saja. Tunang apa namanya tu?" Hazel menggelengkan kepala. Memadamkan tanggapan yang tidak baik seperti itu. Harap-haraplah kawan si Rafique semuanya baik-baik. Jenis stok lelaki Melayu terakhir yang hormat perempuan! |
| nadia November 8, 2009 12:06 AM PST cite ni best la | ||
| nana November 7, 2009 10:55 PM PST cite nie mmg best la... x sbr nk bc smbgn die :D | ||
| Leave a Comment: |